![]() |
Tengku Menteri Ngah Ibrahim (duduk) diapit oleh anaknya Wan Mohd Isa (kanan) dan Wan Mat Nasir (kiri) dan dibelakang mereka ialah pengawal polis India yang dipimpin oleh Kapten Speedy |
Biografi Ringkas.
Tengku Menteri Ngah Ibrahim Bin Long Jaafar Larut
merupakan salah seorang jutawan melayu terawal abad ke 19, pahlawan dan pejuang
kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan seorang yang berwawasan jauh
dalam membangukan ekonomi bangsanya pada saat penjajah Inggeris sentiasa
berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai taktik dan strategi.
Tarikh Dan Tempat
Lahir.
Ngah Ibrahim Bin Long Jaafar dilahirkan pada tahun 1837.
Ada yang mengatakan 1836 dan ada yang mengatakan pada tahun 1840. Beliau
dilahirkan di kawan Bukit Gantang. Kawasan Bukit gantang merupakan daerah
pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga terdiri
Kota Long Jaafar disitu.
Susur Galur
Keturunan Ngah Ibrahim.
Ngah Ibrahim merupakan anak hasil perkahwinan Long Jaafar
Bin Dato’ Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Che Ngah Pura Binti Dato’
Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaidin. Menurut salasilah yang
terdapat di Kompleks Sejarah Matang (dahulunya Kota Ngah Ibrahim), keturunan nya
sehingga kepada Tun Saban Balik Bin Tun Perak, anak kepada Tun Perak iaitu
Bendahara Melaka. Tengku Menteri Ngah Ibrahim pernah dijadikan anak angkat dan
diakui sebagai saudara Raja Abdullah (kemudiannya Raja Muda dan Sultan Perak,
1874-1876) oleh Sultan Jaafar.
Ngah Ibrahim dibesarkan di Kota Bukit Gantang
bersama-sama abangnya Kulop Seman atau Kulop Sulaiman dan adiknya Cik Alang
Sepiah. Selaku anak seorang usahawan dan pengusaha pelombong bijih timah, ahli
perniagaan dan pengutip cukai yang kaya raya pada abad ke 19, Beliau dijadikan
anak angkat oleh Sultan Jaafar Mu’azzam Shah-Marhum Waliullah (Sultan Perak ke-23).
http://sultan.perak.gov.my/bahasa/jaafar_muazzam.htm
Semasa hayatnya Tengku Menteri Ngah Ibrahim berkahwin dengan
Toh Puan halimah Binti Dato’ Laksamana Mohd Amin Alang Duakap. Perkahwinan ini
telah menghasilkan dua orang anak iaitu Wan Mohd Isa ( pemegang gelaran Tengku
Menteri Ke-2 ) dan Wan Mat Nasir. Tengku Menteri Ngah Ibrahim berkahwin dengan
Che Nesah sebagai isteri kedua dan memperolehi seorang anak bernama Wan Yeop
Abdul Shukor. Beliau berkahwin dengan Sa’eah sebagai isteri ketiga dan
memperoleh seorang anak bernama Wan Supiah.
No comments:
Post a Comment